Isnin, 1 Disember 2008

Alhamdulillah, kesibukan menyelesaikan tugasan saat-saat terakhir sebagai Pegawai Khas j-QAF mula reda. InsyaAllah lepas ni tumpuan akan beralih arah ke SMK Tunku Putera pula. Cuma sesekali tu risau juga, takut amanah sebagai guru cemerlang tu tak dapat direalitikan sebagaimana harapan orang lain yang tinggi kepada kita.

Apapun, seperti yang saya selalu saya sebutkan setiap kali rakan dan kenalan bertanya, jiwa saya sebenarnya lebih terarah untuk menghambakan diri sebagai guru. Bukan soal lain, tapi soal jiwa. Pada saya soal tugas, dimana saja kita tetap kena laksanakan. Kalau nak relek mungkin ini bukan masanya lagi. Lagipun usia kita yang masih berbaki ni patut diisi dengan sebaik mungkin. Masa nilah kita nak sumbang apa saja pun, demi kemajuan mendidik anak bangsa dan boleh jadi bekal untuk kita ke "sana". Cuma kadang2 tu 'syok' juga tengok kawan2 yang lebih senang memilih 'zon selesa'. Nanti saya nak sentuh lain tentang cerita zon selesa ni.

1 ulasan:

Abuu Ammaar KPasu berkata...

Semoga anta mendapat ketenangan jiwa dan kepuasan kerjaya yang serasi dengan jiwa dan perasaan anta.Apapun ana yakin dengan kelebihan yang Allah anugerahkan pada anta. Semoga anta mendapat anugerah dan ilham yang tak putus-putus untuk dicurahkan ke dada anak didik anta di SMKTP. Yang pasti, selagi kita berkerjaya kita akan dikejar masa dan bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan disepanjang kerjaya kita. Selamat maju jaya dan bantu-bantulah kami yang serba kekurangan ni ya!