Isnin, 22 Disember 2008

Hari Ini Baru Bermula





Alhamdulillah pagi ni, langkah pertama dengan tugas baru dimulakan. Sebaik sampai jejak kaki ke SMK Tunku Putera, MasyaAllah lupa pulak nak bawa camera. Rugi besag ni, tapi tak apalah.

Peristiwa 1 - Jumpa Tuan Pengetua - Tuan Hj. Mohd Saaid bin Md Raji.

Bersama Tuan Pengetua lebih kurang 10 minit dapat banyak juga maklumat, khususnya mengenai bidang tugas dan harapan beliau terhadap GPI. Sesekali rasa berat juga tanggungjawab lepas ni, tapi biasalah, tanpa cabaran manakan boleh nak dirasai kemanisan hidup. Cuma kadang-kadang terfikir bahawa GPI ni mesti kena jauh lebih advance ke hadapan, melangkah mendahului orang lain dalam serba serbi.

Apapun, hari ini baru bermula bagi "insan kerdil" ini untuk menanggung amanah ' guru cemerlang'. Apapun terima kasih khusus kepada tuan pengetua dan pentadbir SMKTP atas kepercayaan yang diberikan.

Peristiwa 2 - Jumpa PK Akademik - Cg Amiruldin bin Abd Hamid- sempat juga bertanya khabar dan berbincang dengan beliau tentang tugas yang boleh dilaksanakan menjelang sesi persekolahan bermula nanti. InsyaAllah, kita akan cuba sedaya upaya untuk bantu sekadar yang termampu khususnya dalam mempertingkatkan pencapaian PAI. Mungkin lepas ni nak kena perah otak sungguh untuk laksanakan sesuatu. InsyaAllah program ABRAR akan menyusul. Nak tahu apadia, nantilah akan terpapar di laman ini sebaik dilancarkan nanti.

Langkah 3 - Alhamdulillah Ya Allah permudahkanlah, janganlah Engkau susahkan, doa yang dibaca saban kali tu bagi termakbul pagi. Tak semena-mena waktu nak ke kereta untuk balik terpandang kelibat.... Eh ! macam kenal, masyaAllah Kak Rose mai mana ? La Kak Rose dapat tender kantin ni. Ye ke? Laa ... ust tak tau lagi ka? Abg Zamri tak bagi tau? Ish!Ish! Terbayang bahawa Allah telah permudahkan salah satu urusan, lepas ni semua urusan makan minum program, kem dan sebagainya dah boleh dianggap selesai. InsyaAllah.

Ok! Dah selesai yang tu, terus mai PPD sat. Untuk selesaikan satu dua perkara lagi sebagaimana yang dijanjikan waktu nak serah tugas minggu lalu. Ok jumpa lagi.

3 ulasan:

Mohd Nor Azam Bin Ahmad berkata...

pasal apa nama blog panjang sgt. payah orang nak ingat, peringkas sikit, ana tgh belajar buat portal di safira - mcm portal ppd. nanti kita buat untuk portal pi kedah

azam

Abuu Ammaar KPasu berkata...

Ayat terakhir anta ni membuatkan ana terasa sayu dan kehilangan sesuatu yang amat bernilai untuk j-QAF. Apa pun itu dah menjadi pilihan anta sebagai "Guru Cemerlang Adalah Peniaga Yang Bertauliah" apa boleh buat dah tersurat.Yang ana yakin anta ni duk tang mana pun takpa ibarat kata; ke laut menjadi pulau, ke hutan menjadi gunung, ke dasar bumi menjadi intan permata. Selamat maju jaya.Jengok-jengoklah kami sama no !

SYAbAR berkata...

Salam Ustaz,

Jadilah ustaz yang dihormati dan disayangi oleh semua warga sekolah sepertimana era zaman persekolahan saya di sana.

Sesungguhnya SMKTP telah melahirkan ramai pelajar pintar dan cemerlang dalam kerjaya mereka sekarang.

Sebagai bekas pelajar saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk sekolah ini.