Isnin, 22 Disember 2008

Hari Ini Baru Bermula





Alhamdulillah pagi ni, langkah pertama dengan tugas baru dimulakan. Sebaik sampai jejak kaki ke SMK Tunku Putera, MasyaAllah lupa pulak nak bawa camera. Rugi besag ni, tapi tak apalah.

Peristiwa 1 - Jumpa Tuan Pengetua - Tuan Hj. Mohd Saaid bin Md Raji.

Bersama Tuan Pengetua lebih kurang 10 minit dapat banyak juga maklumat, khususnya mengenai bidang tugas dan harapan beliau terhadap GPI. Sesekali rasa berat juga tanggungjawab lepas ni, tapi biasalah, tanpa cabaran manakan boleh nak dirasai kemanisan hidup. Cuma kadang-kadang terfikir bahawa GPI ni mesti kena jauh lebih advance ke hadapan, melangkah mendahului orang lain dalam serba serbi.

Apapun, hari ini baru bermula bagi "insan kerdil" ini untuk menanggung amanah ' guru cemerlang'. Apapun terima kasih khusus kepada tuan pengetua dan pentadbir SMKTP atas kepercayaan yang diberikan.

Peristiwa 2 - Jumpa PK Akademik - Cg Amiruldin bin Abd Hamid- sempat juga bertanya khabar dan berbincang dengan beliau tentang tugas yang boleh dilaksanakan menjelang sesi persekolahan bermula nanti. InsyaAllah, kita akan cuba sedaya upaya untuk bantu sekadar yang termampu khususnya dalam mempertingkatkan pencapaian PAI. Mungkin lepas ni nak kena perah otak sungguh untuk laksanakan sesuatu. InsyaAllah program ABRAR akan menyusul. Nak tahu apadia, nantilah akan terpapar di laman ini sebaik dilancarkan nanti.

Langkah 3 - Alhamdulillah Ya Allah permudahkanlah, janganlah Engkau susahkan, doa yang dibaca saban kali tu bagi termakbul pagi. Tak semena-mena waktu nak ke kereta untuk balik terpandang kelibat.... Eh ! macam kenal, masyaAllah Kak Rose mai mana ? La Kak Rose dapat tender kantin ni. Ye ke? Laa ... ust tak tau lagi ka? Abg Zamri tak bagi tau? Ish!Ish! Terbayang bahawa Allah telah permudahkan salah satu urusan, lepas ni semua urusan makan minum program, kem dan sebagainya dah boleh dianggap selesai. InsyaAllah.

Ok! Dah selesai yang tu, terus mai PPD sat. Untuk selesaikan satu dua perkara lagi sebagaimana yang dijanjikan waktu nak serah tugas minggu lalu. Ok jumpa lagi.

Khamis, 18 Disember 2008

Hari Ini Hari Terakhir

Memang hari ni, semacam aja rasa. Sedih, sebak, berdebar, bimbang dan macam-macam lagi berbaur menjadi satu. mungkin ini menjadi petanda bahawa pengalaman setahun setengah dalam bidang pengurusan ni cukup mengesankan. Terkesan oleh sahabat dan rakan, tercorak oleh suasana pengurusan, ter'sedih' bakal kehilangan suasana "kutuk mengutuk", "hentam menghentam", tegur menegur dalam mesyuarat, bengkel, taklimat yang sememangnya menjadi rutin harian seorang yang menjebak diri dalam pengurusan. Apapun itulah rencah yang mewarnai kehidupan, bakal terpahat sebagai kenangan yang teramat sukar untuk dilupakan.

Mengisi hari terakhir ini, petang nanti saya bakal menyerahkan fail meja pegawai khas j-QAF kepada Tuan Pegawai Pelajaran Daerah. Bermakna berakhirlah tugas yang digalas selama ini, membantu memartabatkan program j-QAF. Sesungguhnya sukar untuk digambarkan tentang harapan saya kepada program j-QAF ini kerana pada saya kecintaan saya adalah teramat, bagi saya apa yang telah saya cuba lakukan selama ini adalah gambaran kecintaan saya kepada program ini. Pada saya kecintaan itu lahir dari rasa percaya bahawa program ini mampu menghasilkan satu impak yang besar kepada umat Islam melayu khususnya. Saya rasa kita sudah berada pada landasan yang betul untuk mencorakkan generasi masa hadapan umat Islam. Generasi hadhari, rabbani, awlawiyy dan bakal tampil sebagai Quranic generation ( pinjam ungkapan yang dipopularkan oleh Allahyarham Dato' Razali Ismail - Timb. Menteri Pelajaran yang telah dijemput Allah lebih awal daripada kita, ALFATIHAH untuk ruh beliau, Aamiiin ).

Harapan saya kepada guru-guru GPI ( GPI dan j-QAF ), rebutlah peluang yang terhidang di hadapan kita ini, anggaplah bahawa apa yang sedang kita usahakan ini adalah sebagai satu hamparan permaidani indah yang hujungnya adalah syurga untuk kita. Ketepikanlah rasa rendah diri, tak puas hati, berlebih kurang dalam memberi sumbangan ilmu dan tenaga. Kepada guru-guru GPI j-QAF, anda semua adalah orang yang paling bertuah kerana bukan sahaja berpeluang meraih rezeki dari program ini, tetapi lebih dari itu anda berpeluang mencorak generasi masa hadapan. Anda insan terpelajar, berilmu, berkemahiran, berketerampilan lalu gunakanlah segala pakej yang ada pada anda untuk memartabatkan umat akan datang. Usahlah rasa terhina andai ditegur sebaliknya jadikanlah teguran sebagai baja yang bakal meranumkan buah ilmu yang kita miliki. Ingatlah bahawa di bahu anda tergalas amanah mendidik anak2 mengenal al-Quran, menjadikan solat sebagai benteng kebejatan dan menjana kejayaan, menguasai bahasa al-Quran dan ahli syurga agar mereka bukan sahaja mampu membaca tetapi memahami isi kandungan al-Quran dengan sendiri kerana kalau setakat membaca sudah ramai yang mampu membaca tetapi sekadar membaca, memartabatkan tulisan jawi dan memurnikan akhlak dan peribadi. Lantas, pekalah pada keadaan, analisalah berapa ramai lagi anak didik kita yang belum menguasai buku Iqra' yang sepatutnya lalu gunakan KLAQ sebagai pengubatnya, nilailah jua kemampuan solat anak didik kita, dan pastikan mereka laksanakan solat melalui jadual solat yang kita bekalkan. Tanamkanlah nilai murni dalam diri mereka agar apa yang mereka jelmakan melalui tingkahlaku adalah terhasil dari tunjuklaku yang baik daripada kita ( guru mereka ).

Ingatlah jua, kita juga sedang membawa amanah dan maruah seorang GPI, setiap mata yang memandang akan lebih ternampak sekelumit silap dan salah yang kita lakukan berbanding sebukit gunung kebaikan yang kita curahkan.

Sebagai tanda akhirnya, saya insan lemah ini ingin memohon beribu kemaafan andai sepanjang mengendalikan pengurusan j-QAF ini, terdapat kata-kata yang memedihkan telinga, tingkahlaku yang mengguris rasa. Salam ukhuwwah buat semua. Ingatlah untuk menjadi guru yang cemerlang kita mesti berjiwa peniaga yang bertauliah. "Guru Cemerlang Adalah Peniaga Yang Bertauliah" - nantikan kupasannya.

Isnin, 1 Disember 2008

Alhamdulillah, kesibukan menyelesaikan tugasan saat-saat terakhir sebagai Pegawai Khas j-QAF mula reda. InsyaAllah lepas ni tumpuan akan beralih arah ke SMK Tunku Putera pula. Cuma sesekali tu risau juga, takut amanah sebagai guru cemerlang tu tak dapat direalitikan sebagaimana harapan orang lain yang tinggi kepada kita.

Apapun, seperti yang saya selalu saya sebutkan setiap kali rakan dan kenalan bertanya, jiwa saya sebenarnya lebih terarah untuk menghambakan diri sebagai guru. Bukan soal lain, tapi soal jiwa. Pada saya soal tugas, dimana saja kita tetap kena laksanakan. Kalau nak relek mungkin ini bukan masanya lagi. Lagipun usia kita yang masih berbaki ni patut diisi dengan sebaik mungkin. Masa nilah kita nak sumbang apa saja pun, demi kemajuan mendidik anak bangsa dan boleh jadi bekal untuk kita ke "sana". Cuma kadang2 tu 'syok' juga tengok kawan2 yang lebih senang memilih 'zon selesa'. Nanti saya nak sentuh lain tentang cerita zon selesa ni.

Isnin, 24 November 2008

Islam Menjamin Kesejahteraan Jiwa

Setelah melalui 3 minggu yang cukup sibuk, pagi ni baru sempat saya layar internet. Secara tak sengaja terbaca tentang penyanyi terkenal dunia, Micheal Jackson memeluk Islam. Hati saya entah kenapa tiba-tiba sebak, sesungguhnya berita ini sudah cukup untuk menggambarkan hakikat Islam, Islam itu kesejahteraan, sejahtera jiwa, sejahtera peribadi, sejahtera perilaku... dunia dan akhirat.

Dalam keterujaan memikirkan keagungan Allah membuka pintu hidayah untuk penyanyi ini, saya kembali tertanya-tanya mengapa dalam keadaan orang semakin mendekati Islam, meyakini Islam, masih ada di kalangan umat Islam sendiri yang tidak mahu yakin dengan jaminan kesejahteraan dan keselamatan serta kebahagiaan jiwa yang ditawar oleh ISLAM melalui syariatnya yang serba lengkap sempurna. Lantas mereka masih terfikir untuk "berpengkid", "Beryoga" malah ada yang sedia untuk mengakui ketuhanan selain Allah.

Lantas, atas rasa sedar tentang tanggungjawab mendidik saya berazam untuk berbuat sesuatu bagi mendidik anak bangsa agar berbangga dengan ISLAM dan bersedia untuk berjatidiri ISLAM. Selamat bertemu anak-anak SMKTP. Semoga kita boleh sinarkan hidup kita dengan cahaya ISLAM. Nantikanlah dan doakanlah.

Rabu, 5 November 2008

SALAM PERKENALAN

BUAT SEMUA WARGA SMK TUNKU PUTERA BALING,
SELAMAT BERTEMU BUAT KALI PERTAMA MELALUI BLOG PENDIDIKAN ISLAM INI.
SEMOGA KITA DAPAT BERKONGSI MANFAAT DARIPADA BLOG YANG MASIH DIPERINGKAT PERCUBAAN INI.

SELAMAT BERTEMU SEMULA BUAT SEMUA RAKAN SEPERJAWATAN.